WANTED!!!

•28/05/2009 • Leave a Comment

Jika ada sesiapa yang mengenali sila maklumkan pada pihak berkenaan:-

468680posterizani3

Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=7423
p/s : jangan sesuka hati dok amik karya orang jadi karya sendiri……

Segamat ROCKFest

•17/05/2009 • 2 Comments

Segamat RockFest di Dewan Serbaguna Felda semalam.
Kredit untuk angah ‘battleground’.. performance dia best.. aku ske.. hahhaa
dan kredit juga utk sound engineer.. bro pet.. yg berpengalaman bertugas di Hard Rock Cafe Bali.

Aku suspek betul ngan sound malam tu.. best arr..
Baru arr ada kelas.. Insyaallah kalo takde ape aral.. Nak bawak ke dataran Segamat plak..

Boleh arr bagi pengalaman kat dieorg utk perform, beri pendedahan..
Dan juga hiburan untuk orang ramai kt dataran tu..
Kadang2 kesian tgok kat dataran tu sunyi sepi jek tanpa aktiviti-aktiviti yg berisi..

Tapi, sejak kebelakangan ni.. Alhamdulilah, banyak badan2 NGO mahupun jabatan yang menganjurkan program kat Dataran tu.. Ape citer dataran lak ni.. hahhaa

Oklah, serba sedikit utk dikongsi hari ini..

rockfestival01

rockfestival02

rockfestival03

rockfestival04

rockfestival05

Gojet Vs Joget

•14/02/2009 • 1 Comment

Hahahaa.. musti korang pelik kan? ape tu gojet?? gojet tu perkataan yang telah ditunggang balikkan dari kata asal ‘joget’. Lama dah aku tak berjoget, rindu pulak rasanya. Ingat lagi disaat umur muda remaja, aku aktif dengan aktiviti kebudayaan, lebih2 lagi dengan zapin, asli, joget, inang.. Peh, ntah mana datang syoknya masa tu pon aku tak tau…Yang penting kepuasan tu terasa selepas persembahan.

Aku berkecimpung dalam dunia tarian ni sejak tahun 1996 lagi, di zaman persekolahan. Masa tu dok asrama, hati tu bukannye ikhlas nak masuk menari ni. Sebenarnya niat nak dptkan peluang utk kuo ‘hostel’ jek masa tu. Release gak arr tensen. Dah arr dalam skulah masa tu semua lelaki. Tak bernafsu langsung aku kat dalam tu. hahahaa

Sejak dari itu, aku mula melibatkan diri secara pra aktif. Pantang cuti skulah, aku ikut kawan2 aku tengok diaorg wat ‘show’ lama2 minat tu datang. Kebetulan satu hari tu agaknya tak cukup org. Aku dijadikan sebagai ganti. Lama kelamaan tersemat terus dalam sanubari…

Ketika melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA di Johor pon aku sempat bergiat aktif, tapi keseronokan tu kurang. Melainkan aku bercuti dapat bersama-sama dengan kawan di MKD Segamat. Dulu, pantang ada ‘function’ di Dataran Segamat tu.. adalah juga munculnya muka aku yang taktau nak malu tu dok menari-nari.

Sepanjang aku menceburkan diri dalam bidang kebudayaan ini.. Banyak juga kenangan yang terpahat di hati. Yang paling aku takleh lupa ketika Sanggar Budaya Seri Pengkalan dinobatkan sebagai Johan Festival Zapin Johor kategori terbuka pada tahun 2004. Pada masa tu, aku dah tak joget lagi.. Kebanyakan yang menari adalah dikalangan ‘junior’ aku yang terdiri daripada Uli, Hanis, Azhar, Epin dan ramai lagi. Aku kalo tak silap men muzik kot. Masa tu men biola.. Hahahaha.. Kelako betul.. Daripada menari…men muzik plak.. Tapi, tulah kata org kan.. Kalo nak seribu daya.. Taknak seribu dalih.. Puas hati aku bila akhirnya geng kami dinobatkan sebagai Johan.

Sehingga tahun lepas pon aku masih lagi mengikuti perkembangan kebudayaan ni, tapi dah tak macam dulu arr.. So, kalo rakan2 aku kata ajak ‘jamming’ aku on ajek. tu pon tggu depa balik arr.. Sebab dieorg skang banyak dah mencari rezki di luar daerah.. cuma menantikan waktu pertandingan akan datang… Insyaallah.. jika tiada aral melintang.. aku tak menari lagi.. tapi memberi sokongan dari jauh… Good luck my friend!

dance

Gambar hiasan : Penari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Johor di persembahan mereka baru-baru ini.

Jom Rompin-Mini Eyeball

•28/01/2009 • 1 Comment

Wahhh.. letih sungguh badan, baru balik dari Tg Pinang, pastu nak ke Rompin plak ikut kengkawan yang adakan mini eyeball di Rompin Beach Resort. Pada mulanya aku dah malas nak pegi… Mau taknya, 3 hari 2 malam aku kt tanjung pinang, lihat persekitaran di sana.. Manakala jadual lawatan plak pack masa tu.. ades, masa rehat tu ada.. tapi taim tdo ajeklah…..

Bangun pagi tu memang berat jek mata ni nak buka nak ke rompin… Tapi bila dengarkan audio kengkawan yang sedang dalam perjalanan ke rompin, semangat nak pegi tu datang balik.. Apelagi… terus siap2kan diri..memang nak pegi gak.. tak bleh tidak.. tapi aku takdelah nak kejarkan ape kan..

So, dalam perjalanan tu kesepianlah jugak.. ape taknya.. dieorg beramai-ramai konvoi syoklah.. aku dok jalan sorang2.. ades…. sampai kat kuala rompin dah tengahari.. ape lagi..pegi mengisi perut lah dulu…. hahahaa.. Dah selesai, barulah aku gerak ke Rompin Beach Resort.. sampai sana nampak muke masing2 dalam kegembiraan dan kepenatan.. haha

Seronoklah, dapat jumpa kawan2.. yg ada belum pernah berjumpa, dan pada masa tulah dapat jumpa..Malam nnti ada makan malam, dan sedikit sukaneka untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim rakan2.. yg penting sampai serak2 sore dok melalak..

Paginya kiteorg ke Penyabung, dok pegi makan tengahari kat sana.. kemudian teruskan perjalan ke Mersing, jumpa rakan2 di Mersing.. Apelagi, bantai kopok lekor jeklah kijenye… Kalo nak ikut perjalanan pulang kiteorg ikut Kluang, tetapi memandangkan konvoi yang agak ramai dan mungkin akan melambatkan perjalanan, kiteorg buat keputusan untuk patah balik ikut jalan masa kiterorg pegi..

Syok tu memang syioookkkk.. tapi letih badan tuuuuuuuuuuuuuuu aduiii.. 2 minggu tak hilang.. Terima kasih kawan2..
Nak amik gambar pon malas.. hahhaa

Tengok jeklah ape yg ada ya…

rompin01

rompin02

rompin03

Action By Dani

•20/01/2009 • Leave a Comment

Dalam pertengahan bulan Januari yang lepas aku ada ke Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia. Mengikut rombongan lawatan ke Kabupaten Kepulauan Riau. Seronok juga perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang 3 jam. Melihat pemandangan laut yang mengasyikkan telah menyebabkan aku terlupa untuk mengeluarkan senjata aku. Dan atas urusan kerja jugak menyebabkan pergerakan aku untuk mengambil gambar agak terbatas. Lagipun masa lawatan juga padat.

Daripada segi bahasa tiada masalah dengan masyarakat di sana. Kebanyakan mereka di sana juga boleh berbahasa Melayu, lagipun mereka serumpun juga dengan bangsa Melayu.

Dulu, pada tahun 2000 aku juga pernah sampai di sini. Pada masa tu aku menyertai Festival Bintan yang telah diadakan di sana. Walaupun aku berada di sana selama 4 hari 3 malam, namun aku tidak punyai cukup masa untuk bersiar-siar untuk melihat persekitaran Tanjung Pinang. Masa agak penuh dengan aktiviti bengkel dan sebagainya.

Sekarang, alhamdulillah..daripada segi ekonomi pon dah berkembang juga, lebih kurang macam Malaysia pada 10-15 tahun dahulu..Mereka juga merasai kemajuan yang dibawakan oleh pelancong2 dari Malaysia dan Singapura.

Serba sedikit gambar yang dapat diabadikan sepanjang aku ke sana.

skate001

Perhimpunan Aman Palestin

•15/01/2009 • Leave a Comment

Dari sehari ke sehari semakin lama semakin menjadi pulak dengan keganasan yang berlaku di Palestin baru-baru ini. Kita taktau nak bantu dengan apa, selain daripada doa, bantuan makanan, dan sumbangan wang ringgit yang dapat dikirimkan melalui badan NGO yang telah mewujudkan pelbagai tabung bagi membantu rakyat Palestin yang berada didalam penderitaan.
Taktaulah bagaimana rasanya jika kita yang menghadapi keadaan sedemikian rupa, ada ke orang lain yang akan membantu sedemikian rupa. Jika kita baca Sejarah Kemerdekaan Malaysia satu tika dahulu, hanya mereka yang melaluinya sahaja yang memahami bagaimana keadaan rakyat Malaysia suatu tika dulu.

Tapi, kebanyakan generasi muda seperti aku dah tak amik kisah pasal sume tu.. Yang tau.. bangun pagi pergi kije, petang balik jumpa kawan2 gi ‘ngeteh’.. pastu balik umah.. lepak ngan family… cukup bulan gaji masuk pi jalan2 makan angin.. Dalam tak sedar, dari sehari ke sehari… semangat perjuangan ke arah itu dah makin lama makin terhakis.. Sekarang zaman penjajahan melalui hujung jari sahaja.. Mudah sahaja fakta-fakta sejarah yang telah diputar belitkan.. Mana mereka yang tak mendalami dengan mudah akan membuat kesimpulan.. dan ada yang paling mudah..Malas nak amik ‘port’…. Ermmm… camne nak mengatasi semua tu ya..
Semakin lama semakin leka dengan dunia.. 24 jam sehari bagaikan tak cukup masa untuk mencari rezki… ada lagi ke masa untuk mengetahui semua ini?

Namun, sikap keprihatin orang Malaysia masih lagi ditahap yang membanggakan.. Terima kasih kepada semua atas sambutan yang diberikan..

Serba sedikit gambar Perhimpunan Aman Palestin Peringkat Daerah Segamat yang telah diadakan di Dataran Segamat baru-baru ini.  Buat pertama kalinya Dataran Segamat dijadikan sebagai ‘venue’ untuk solat hajat pada malam tersebut.

aman01

aman02

aman03

aman04

Bermulanya di sini..

•01/01/2009 • 1 Comment

Kehidupan aku dalam bidang fotografi bermulanya di sini, pada waktu itu aku dengan berbekalkan kamera kompak kepunyaan pejabat Canon Powershoot A400 untuk merakam setiap detik program dan aktiviti yang dilakukan, dan jika tak silap aku lah, pada masa tu tahun 2006 kot. Tapi pada masa tu aku cuma sekadarkan ambil gambar ape yg aku suka sahaja.. (men taram org kata)

Dan pada masa tu, aku tertarik dengan gambar yang dirakamkan oleh Dome dengan menggunakan kamera kompak Sony yang mula mendatangkan minat aku untuk mendalami dunia fotografi. Dengan berbekalkan kompak tu, aku cuba mencari manual kamera tersebut untuk mendalami function yang ada. Sedikit sebanyak aku memahaminya, namun fungsinya terhad.


Jasa kamera kompak opis aku.. hehehe

Tak beberapa lama selepas itu, rakan aku mempelawa aku untuk mengikuti rombongan kelab beliau untuk ke Pulau Langkawi, dan aku dibekalkan SLR (Olympus-aku pon lupa jenis ape) untuk merakamkan detik-detik indah sepanjang lawatan tersebut. Syok jugak guna SLR ni… dia punya bunyi yang tak tahan tu.. hahahhaa

Sebelum ini, aku telah diracuni agar menyambar DSLR untuk terus bergiat aktif dalam bidang ini, tau-tau jeklah kos nya bang oi, bukan singgit dua hinggit..kalo murah senanglah sikit.. maka dengan berbekalkan semangat yang ada, aku cuma berjimat, kumpul sikit2, maka pada hujung tahun 2007 kalo tak silap aku sebelum nak raya, aku berjaya memiliki sebuah kamera nikon D80 + kit lens 18-135 sebagai latihan pertama..

Ah, macamne nak mula ni.. bila bersemangat..abis sume mende nak dijadikan subjek.. Almaklumlah, bila tak tentu arah ditambahkan dengan perasaan yang excited selama ini utk memiliki DLSR sendiri. hahahhaa.. kelakar pon ada.

Tapi yang pastinya aku sudah melangkah kaki ke dunia fotografi.. Dan aku takkan mudah mengalah untuk berhenti..Kini ia bermula di sini.. Menyusun atur gerak kaki.. Mencuba selagi ada daya diri..

Terima kasih kepada semua rakan yang banyak memberi sokongan pada diri aku selama ini. Diharapkan diawal lembaran 2009 ini dapat memberikan aku semangat juang yang tinggi untuk terus menceburkan diri dalam arena fotografi.

kacaptelabik@gmail.com
9W2ACX

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 8,514 other followers