Gojet Vs Joget

Hahahaa.. musti korang pelik kan? ape tu gojet?? gojet tu perkataan yang telah ditunggang balikkan dari kata asal ‘joget’. Lama dah aku tak berjoget, rindu pulak rasanya. Ingat lagi disaat umur muda remaja, aku aktif dengan aktiviti kebudayaan, lebih2 lagi dengan zapin, asli, joget, inang.. Peh, ntah mana datang syoknya masa tu pon aku tak tau…Yang penting kepuasan tu terasa selepas persembahan.

Aku berkecimpung dalam dunia tarian ni sejak tahun 1996 lagi, di zaman persekolahan. Masa tu dok asrama, hati tu bukannye ikhlas nak masuk menari ni. Sebenarnya niat nak dptkan peluang utk kuo ‘hostel’ jek masa tu. Release gak arr tensen. Dah arr dalam skulah masa tu semua lelaki. Tak bernafsu langsung aku kat dalam tu. hahahaa

Sejak dari itu, aku mula melibatkan diri secara pra aktif. Pantang cuti skulah, aku ikut kawan2 aku tengok diaorg wat ‘show’ lama2 minat tu datang. Kebetulan satu hari tu agaknya tak cukup org. Aku dijadikan sebagai ganti. Lama kelamaan tersemat terus dalam sanubari…

Ketika melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA di Johor pon aku sempat bergiat aktif, tapi keseronokan tu kurang. Melainkan aku bercuti dapat bersama-sama dengan kawan di MKD Segamat. Dulu, pantang ada ‘function’ di Dataran Segamat tu.. adalah juga munculnya muka aku yang taktau nak malu tu dok menari-nari.

Sepanjang aku menceburkan diri dalam bidang kebudayaan ini.. Banyak juga kenangan yang terpahat di hati. Yang paling aku takleh lupa ketika Sanggar Budaya Seri Pengkalan dinobatkan sebagai Johan Festival Zapin Johor kategori terbuka pada tahun 2004. Pada masa tu, aku dah tak joget lagi.. Kebanyakan yang menari adalah dikalangan ‘junior’ aku yang terdiri daripada Uli, Hanis, Azhar, Epin dan ramai lagi. Aku kalo tak silap men muzik kot. Masa tu men biola.. Hahahaha.. Kelako betul.. Daripada menari…men muzik plak.. Tapi, tulah kata org kan.. Kalo nak seribu daya.. Taknak seribu dalih.. Puas hati aku bila akhirnya geng kami dinobatkan sebagai Johan.

Sehingga tahun lepas pon aku masih lagi mengikuti perkembangan kebudayaan ni, tapi dah tak macam dulu arr.. So, kalo rakan2 aku kata ajak ‘jamming’ aku on ajek. tu pon tggu depa balik arr.. Sebab dieorg skang banyak dah mencari rezki di luar daerah.. cuma menantikan waktu pertandingan akan datang… Insyaallah.. jika tiada aral melintang.. aku tak menari lagi.. tapi memberi sokongan dari jauh… Good luck my friend!

dance

Gambar hiasan : Penari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Johor di persembahan mereka baru-baru ini.

~ by Zahid Dol on 14/02/2009.

One Response to “Gojet Vs Joget”

  1. oh…belajar di ipta di johor rupenyer…di mesti dulu blaja kat utm ni…hari tu i tanye blaja kat mane dulu nak rahsia2 la kunun…cis!!!

Leave a comment